Alhamdulillah.. Syukran Jazilan
Sebagai seorang hamba dan khalifah Allah di muka bumi, kita perlu sentiasa bersyukur dan sentiasa memohon keampunan daripadaNya.. Setiap insan di dunia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat... Inilah dikatakan manusia yang sentiasa mahukan keseronokan dan kemewahan duniawi semata-mata. Alhamdulillah adalah ucapan yang tidak pernah lekang dari mulut setiap insan yang beragama islam kerana kita sentiasa memohon pertolongan daripadaNya.
Ayuh sama berzikir kepada Allah s.w.t :
Allah Alwayz with Me a.k.a Khairul Cool
Allah berkata kepada Nuh :
“pergilah naik ke bukit itu dan bina sebuah kapal.”
tanpa bantah Nuh naik dan membina kapal itu
meski orang-orang sekeliling berkata dia gila
mana mungkin ada banjir ketika matahari begitu terik
dan ternyata mereka silap
Allah turunkan hujan dan melemaskan mereka yang tidak bertaqwa pada-Nya
usaha Nuh tidak sia-sia
dia tahu Allah sentiasa bersamanya.
Allah mendatangi Ibrahim dalam mimpi :
“sembelih anakmu.”
mana mungkin anak yang dicinta
diambil nyawanya dengan parang di tangan sendiri
tapi sedih dan cinta bagaimana sekalipun
arahan Allah adalah yang aula
izinkan kusembelih kau, anakku, ini perintah-Nya
sembelihlah aku, bapaku, jika ini perintah-Nya
sekali lagi Ibrahim akan meninggalkan orang yang dicinta
tapi siapa tahu, seekor kibas diganti dengan anaknya
dan mereka tidak saling berbunuh sebaliknya saling bersyukur
kepatuhan Ibrahim tidak sia-sia
dia tahu Allah sentiasa bersamanya.
Allah mengilhami Musa :
“larilah ke tepi laut itu dan pukul tongkatmu.”
Firaun sudah mendekat
wajarkah yang dipukul itu laut, sedangkan boleh Musa menghayun tongkat ke kepala Firaun
kaum Musa hampir putus asa melihat tentera Firaun ghairahkan darah
dan Musa tanpa lengah, menghayunkan tongkatnya
laut terbelah dua, tapi ketaqwaan Musa tiada berbelah
kepercayaan Musa tidak sia-sia
dia tahu Allah sentiasa bersamanya.
tiada yang sia-sia andai kau percaya Allah bersamamu. meski dalam keadaan paling sulit dan titik paling rendah dalam hidup. itulah jalan-jalan orang yang mencintai Allah dan mencintai kerana Allah.
Allah sentiasa bersamaku.
Alwayz Miss My Blog..SObSob.... :)
About 2 month I did not read this novel...... So, now this is my next mission to read this novel.... Hope this novel quite interesting and the climax of the story can makes me crying.. Hahahahaha....
Kisah Angry dalam Coretanku
Dalam menceritakan pengalaman tentang kemarahan ini, ianya begitu subjektif bagi diri aku ini. Entah kenapa? Dalam diriku ini, aku jarang untuk marah. Tapi menceritakan tentang tajuk marah ini, aku teringat akan satu kisah ketika dahulu iaitu pada zaman remaja aku. Kisah tersebut berlaku ketika aku berada di Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar. Kejadian tersebut membuatkan aku tidak dapat mengawal emosi dan kemarahan diriku. Kejadian ini berlaku semasa di makmal Kimia. Semua rakanku sibuk untuk menyiapkan tugasan atau report kerana hari tersebut merupakan hari yang terakhir untuk dihantar kepada guru kimia tersebut. Dalam menyiapkan tugasan tersebut, fikiranku bercelaru kerana banyak yang perlu aku perbaiki lagi tugasan itu. Setelah siap, aku mengumpulkan semua tugasan aku dan diletakkan di dalam satu fail. Satu tugasan aku telah hilang setelah disemak. Aku mencari di merata-rata tempat. Aku mula berasa bimbang dan memikirkan apa yang akan terjadi ketika guru aku tahu.
Setelah berhempas pulas mencari tugasan itu, aku berasa sangat terkejut kerana tugasan itu berada di dalam fail rakan karibku sendiri. Sungguh aku tidak sangka. Aku tidak dapat mengawal emosi dan perasaan aku ketika itu. Aku memarahi rakanku tanpa belas kasihan. Guru aku juga terkejut akan sikapku yang sedemikian. Selepas itu, perasaan marah aku mula reda dan kembali normal. Rakan-rakanku yang lain turut mententeramkan diriku dan menenangkan perasaan aku yang telah bergolak tadi. Aku cuba tenangkan fikiran dan mendiamkan diri di samping mengawal emosi dengan baik. Selepas kejadian itu, aku berasa kasihan dan sedikit menyesal akan sikapku ini yang sanggup memarahi rakan karib sendiri walaupun tahu akan kesalahannya itu. Aku meminta maaf kepadanya. Di sini, aku cuba memberikan beberapa cadangan atau cara untuk mengawal kemarahan kita. Caranya ialah dengan minum air dan mendiamkan diri ketika marah. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif kerana ianya dapat elakkan diri kita daripada melakukan sesuatu yang tidak dijangka seperti memekik, bertindak garang dan sebagainya. Kita juga perlu menenangkan diri kita dengan menarik nafas. Akhir sekali, cara yang paling mudah untuk mengawal kemarahan kita adalah dengan senyuman. Hal ini kerana senyuman dapat mengurangkan atau meredakan tekanan dalam diri kita.
Sekian, terima kasih…
Pengurusan Marah dalam Kehidupan Seharian
Pengurusan Marah Dalam Kehidupan Seharian
Menurut Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazaliyy adalah elemen yang terdapat dalam hati manusia. Marah menurut al-Ghazaliyy ibarat api dalam sekam. Kita tahu ianya merupakan salah satu aspek negatif namun Islam ada pandangan khusus tentang elemen marah ni.
Kamus Dewan pula menakrifkan bahawa marah ialah berasa panas hati, berang, gusar dan murka. Perkataan murka dalam kebudayaan Melayu kebiasannya dirujuk kepada kemarahan Allah, para Nabi dan Sultan.
Dalam bahasa arab pula, Ghadab, merupakan sifat lawan bagi reda. Ibnu Qayyim menakrifkan marah adalah kehilangan pertimbangan akal (seolah-olah) seperti keadaan serigala mahu membunuh kambing.
analisis cerpen Cinta dan Persahabatan
Cinta dan Persahabatan. Itulah tajuk cerpen yang telah saya pilih dalam tugasan Kecerdasan Emosi pada kali ini. Saya telah memilih cerpen ini kerana cerpen ini banyak mengisahkan permasalahan di antara sahabat sendiri dan juga masalah emosi yang sentiasa bergolak dan tidak stabil. Berdasarkan cerpen ini, ianya mengisahkan dua orang sahabat karib yang bernama Aleeya dan Liyana. Mereka in bersahabat baik dari dalam perut ibu hinggalah dewasa. Penduduk kampung mereka juga mengetahui bahawa mereka ini bersahabat baik sejak kecil lagi. Ibu bapa mereka juga gembira melihat anak-anak mereka bersahabat baik. Aleeya dan Liyana merupakan pelajar pintar di sekolah dan terkenal dalam kalangan guru-guru mereka di sekolah.
Setelah menamatkan pengajian di Tingkatan 5, mereka masing-masing telah melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan akhirnya mereka terpaksa berpisah kerana berbeza tempat melanjutkan pelajaran. Akhirnya, perangai Aleeya telah berubah setelah berjauhan dengan keluarga dan sahabat karibnya sendiri. Dia telah mempunyai teman lelaki dan memungkiri janjinya kepada Liyana bahawa beliau tidak akan mempunyai teman lelaki sehingga tamat pembelajaran. Aleeya terlalu menyayangi dan mempercayai teman lelaki sehingga terpaksa meminta wang kepada ahli keluarga untuk membelanjakan teman lelakinya itu. Ibu bapa Aleeya telah runsing dan tertekan kerana anaknya terlalu boros dan sukar diteguri. Tidak lama kemudian, bisnes ayah Aleeya telah bankrap kerana telah menanggung kerugian yang besar dan selepas beberapa bulan, ayah Aleeya telah meninggal dunia.
Akhirnya, baru Aleeya sedar bahawa sikap dan perangainya menyebabkan beliau leka dan tamak mengejar keseronokan dunia. Keluarga Aleeya tidak mampu membayar sewa rumah dan akhirnya beliau terpaksa tinggal di rumah sahabat karibnya iaitu Liyana dan Aleeya berjanji tidak akan mengulangi sikap buruknya lagi. Itulah erti dan nilai persahabatan yang sebenarnya yang perlu disemai dalam diri setiap insan di dunia ini.
CINTA DAN PERSAHABATAN
Cinta dan Persahabatan
Aleya dan Liyana adalah dua teman sejati. Mereka bersahabat sejak kecil lagi kerana mereka adalah berjiran. Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama. Begitulah juga yang digelarkan oleh penduduk-penduduk kampung di sekitarnya. Ibu bapa Aleya dan Liyana juga tidak menghalang hubungan akrab kedua-duanya kerana mereka mempunyai akal fikiran yang pintar di sekolah.
Satu hari di makmal kimia, Aleya dan liyana telah mempelajari tentang proses hidrolisis. Lalu, Aleya berkata kepada Liyana,
“ Liyana, aku ada buat formula sendiri tau. Kau nak dengar?” Tanya Aleya kepada Liyana dengan bersungguh-sungguh.
Ya, ya. Aku nak dengar. Tapi, ada kaitan ke dengan apa yang cikgu ajar pasal hidrolisis ni?” Tanya Liyana.
“ Eh, mestilah ada. Cuba dengar ni. Hidrolisiskan unsur-unsur katod kemarahan dengan isomer-isomer prasangka serta oksidakan monomer kasih sayang dan molekul doa untuk menghasilkan polimer persahabatan yang oktet. Hurmmm… Apa pendapat kau tentang formula yang aku reka ni ?” aju Aleya setelah dia meletakkan pensel yang digunakan untuk melakar formula yang diciptanya itu di atas sekeping kertas seperti lagak seorang yang mahir.
“ Hehe.. Ada- ada sajalah kau ni Aleya. Pandai kau ubah suai formula Cikgu Amar tu. Nanti tak pasal-pasal dalam ujian, aku tak tulis formula yang Cikgu Amar ajar tu tapi tertulis pula formula yang kau ajar ni,” seloroh Liyana dengan sedikit serius tetapi ada senyuman di hujung bibirnya.
“ Aishh..janganlah sampai macam tu pula. Nanti Cikgu Amar soal kau siapa yang ajar formula tu, teruklah aku. Nanti bukan dia marah kau saja, aku pun mesti kena,” balas Aleya setelah membayangkan sendiri apa yang bakal berlaku.
“ Dah, dah. Mulalah dia bayangkan yang pelik-pelik. Tapikan Aleya, boleh tak kau janji dengan aku yang kita akan menjadi kawan baik sampailah bila-bila,” Tanya Liyana kepada Aleya.
“ Ok. Aku janji. Mestilah kita jadi kawan baik sampai bila-bila pun sebab kitakan dah berkenalan masa dalam perut ibu masing-masing lagi. Tapi, bezanya kau keluar seminggu lbh awal je dari aku. Tak sabar nak tengok dunia,” seloroh Aleya.
“ Tengok tu. Mulalah dia merepek-repek lagi tu. Hehe..You’re my best friends, Aleya,” ucap Liyana sambil memeluk bahu Aleya.
“You’re my best friends too!!” ucap Aleya di telinga Liyana sambil tersenyum lebar.
Lalu mereka berjalan beriringan keluar dari makmal dengan sisa tawa yang masih ada lagi sejak tadi.
Beberapa tahun berlalu, Aleya dan Liyana melanjutkan pula pelajaran di universiti tempatan. Tetapi kini mereka tidak lagi ibarat belangkas kerana terpaksa berpisah. Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Namun, mereka masih lagi berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
“ Tit..tit..”. Telefon bimbit Liyana berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterimanya. Lalu, Liyana membaca mesej yang diterimanya.
“ Jauh itu ada jarak yang terpisah, jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu dua insane yang terpisah, jauh itu dua hati yang dipisah. Namun, jauh itu ada rindu yang tak sudah..(”,)”.
Begitulah mesej yang diterima oleh Liyana daripada Aleya. Demilian jugalah rutin mereka jika ada kelapangan, saling membalas meseh- mesej sebagai tanda memperingati sahabat yang dikasihi.
Namun, pengaruh budaya di tempat baru menyebabkan Aleya berubah sedikit sikap baiknya. Dia sudah pandai mencari teman lelaki semasa belajar walaupun sudah berjanji dengan keluarganya bahawasanya dia tidak akanb bercinta ketika sedang belajar. Namunjanji itu tinggal sekadar janji sahaja. Apatah lagi dia jauh dari keluarga. Segala-galanya dia bebas untuk lakukan tanpa kongkongan keluarga.
Disebabkan kelalaian Aleya bercinta bersama seorang lelaki, pelajarannya terabai. Selain itu, banyak wang pinjaman dan elaun yang diberikan oleh ayahnya telah aleya belanjakan bersama teman lelakinya itu. Ibarat dirasuk syaitan, Aliya langsung tidak menyedari segala perbuatannya itu jauhberbeza dengan perangai asalnya sebelum ini yang penuh dengan didikan keluarga. Sifat borosnya menjadi-jadi sehinggakan aleya semakin berani meminta tambahan eang poket yang lebih dari sepatutnya kepada keluarganya. Hal ini amat merungsingkan ayah dan ibunya.
Suatu hari, malang tak berbau. Perusahaan syarikat milik ayah aleya diisytiharkan bankrap disebabkan wang pendapatan syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan yang besar oleh syarikat di samping tidak dapat melangsaikan hutang yang lapuk syarikat itu. Mendengarkan berita buruk itu, ayah Aleya diserang sakit jantung hinggga menyebabkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Dari titik-titik hitam itu, aleya mulai sedar akan kesilapannya. Seharusnya dia membantu arwah ayahnya itu dalam membangunkan syarikat dan bukannya menambahkan bebanan kewangan yang telah dialami oleh arwah ayahnya itu. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Apapun yang aleya buat tidak dapatmengembalikan ayah yang disaynginya kerana beliau telah pergi menghadap-nya terlebih dahulu.
Bagi untuk menebus kesilapannya, Aleya telah mengubah cara hidupnya. Dia telah belajar berdikari dengan apa yang dimilikinya. Tetapi dia sangat kecewa kerana di saat hatinya sedih, teman lelakinya tiada di sisi, malah meninggalkan dirinya terkontang-kanting seorang diri. Sebelum ini dia fikir bahawa Shah akan sentiasa menemaninya di kala susah dan senang namun jangkaannya sudah nyata meleset sama sekali. Shah sememangnya mahukan kemewahan dirinya dan bukannya ikhlas terhadap dirinya. Buktinya, setelah pelbagai musibah yang melanda, Shah semakin menjauhkan diri dari Aleya dan akhirnya menghilangkan diri. Luka di hati kian parah akibat kekecewaan yang dialaminya.
Meskipun begitu, ketika dirinya susah, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan dengan ikhlasnya. Liyan adan keluarga sangat baik hati. Mereka telah menumpangkan Aleya dan ibunya di rumah mereka disebabkan ketidakmampuan Aleya dan ibunya untuk menyewa rumah sendiri. Aleya terasa sangat malu dengan perbuatannya selama ini. Segala-galanya terlambat untuk dikembalikan semula. Hanya kepada-Nya dimohon limpah kurnia dan kemaafan.
Suatu petang aleya dan Liyana duduk di pangkin di bawah pohon ketapang yang rendang sambil menghirup suasana nyaman kampong mereka. Aleya merenung wajah Liyana dalam-dalam. Redupnya paras wajah Liyana seperti suasana yangdirasainya sekarang amat menenangkan jiwanya.
“Liyana, aku nak minta maaf banyak-banyak jika aku ada buat salah dan menyusahkan kau dan keluarga kau selama ini”, kata aleya dengan sayu dan melimpahkan segala air yang bertakung di benteng matanya itu. Aleya dipeluk erat-erat seikhlas hati.
“ Aleya, kau tak pernah buat silap pun pada aku. Kalau ada sekecil zarah pun aku dah tentu maafkan kau. Keluarga aku pun tak kisah kalau kau dan ibu ka uterus tinggal bersama-sama kami. Kau jangan risau ya,” pujuk Liyana.
Aleya melepaskan pelukan lalu membetulkan duduknya. Matanya yang terus-terusan menggugurkan mutiara-mutiara jernih itu disekanya perlahan-lahan supaya tidak mengaburi penglihatannya yang berhadapan dengan Liyana.
“ Liyana, kau sangat baik pada aku. Aku malu sangat sebab keluarga kau sangat bersederhana. Takut-takut menyusahkan pula kehadiran aku dan ibuku di sini.
“ Tidak, Aleya. Aku dan keluarga tak pernah fikir macam tu. Kau tenang ya. Hurmmm…Aleya, aku ada satu cerita pendek. Kau nak dengar tak cerita ciptaan aku ni?,” tingkah Liyana untuk menceriakan suasana.
“ Hehe..Wah, kau pun dah pandai mencipta cerita pula ya? Bila kau belajar ni? Cepat-cepat, aku dah sedia nak dengar ni,” Aleya bersuara ceria mengenangkan saat-saat mereka di alam persekolahan suatu ketika dahulu.
“ Eh, adalah. Aku belajar mencipta senyap-senyap je. Macam ni ceritanya; suatu hari cinta dan kawan berjalan-jalan. Tiba-tiba, cinta terjatuh ke dalam lubang. Kenapa cinta boleh terjatuh? Hurmm.. Kerana cinta itu buta. Kenapa kawan sanggup tolong cinta? Lalu, kawan pun menjawab yang dia takkan melupakan persahabatan,”cerita Liyana dengan egala gaya dari muka sampailah ke tangan dibuatnya.
“ Terima kasih Liyana. Kau telah menyedarkan aku betapa pentingnya tali persahabatan itu sebenarnya. Memang tak ternilai dengan wang ringgit. Aku akan menghargai persahabatan ini,” janji Aleya.
Dan sang suria yang sedang memancarkan sinar malapnya menjadi saksi kepada janji dua sahabat itu sebelum sang bulan muncul menjalankan rutinnya.