Coretan Khairul Cool
analisis cerpen Cinta dan Persahabatan

Cinta dan Persahabatan. Itulah tajuk cerpen yang telah saya pilih dalam tugasan Kecerdasan Emosi pada kali ini. Saya telah memilih cerpen ini kerana cerpen ini banyak mengisahkan permasalahan di antara sahabat sendiri dan juga masalah emosi yang sentiasa bergolak dan tidak stabil. Berdasarkan cerpen ini, ianya mengisahkan dua orang sahabat karib yang bernama Aleeya dan Liyana. Mereka in bersahabat baik dari dalam perut ibu hinggalah dewasa. Penduduk kampung mereka juga mengetahui bahawa mereka ini bersahabat baik sejak kecil lagi. Ibu bapa mereka juga gembira melihat anak-anak  mereka bersahabat baik. Aleeya dan Liyana merupakan pelajar pintar di sekolah dan terkenal dalam kalangan guru-guru mereka di sekolah.
Setelah menamatkan pengajian di Tingkatan 5, mereka masing-masing telah melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan akhirnya mereka terpaksa berpisah kerana berbeza tempat melanjutkan pelajaran. Akhirnya, perangai Aleeya telah berubah setelah berjauhan dengan keluarga dan sahabat karibnya sendiri. Dia telah mempunyai teman lelaki dan memungkiri janjinya kepada Liyana bahawa beliau tidak akan mempunyai teman lelaki sehingga tamat pembelajaran. Aleeya terlalu menyayangi dan mempercayai teman lelaki sehingga terpaksa meminta wang kepada ahli keluarga untuk membelanjakan teman lelakinya itu. Ibu bapa Aleeya telah runsing dan tertekan kerana anaknya terlalu boros dan sukar diteguri. Tidak lama kemudian, bisnes ayah Aleeya telah bankrap kerana telah menanggung kerugian yang besar dan selepas beberapa bulan, ayah Aleeya telah meninggal dunia.
 Akhirnya, baru Aleeya sedar bahawa sikap dan perangainya menyebabkan beliau leka dan tamak mengejar keseronokan dunia.  Keluarga Aleeya tidak mampu membayar sewa rumah dan akhirnya beliau terpaksa tinggal di rumah sahabat karibnya iaitu Liyana dan Aleeya berjanji tidak akan mengulangi sikap buruknya lagi. Itulah erti dan nilai persahabatan yang sebenarnya yang perlu disemai dalam diri setiap insan di dunia ini.  


Posted at 05:55 | 0 comments

|
Disclaimer

Hai Saya Khairul Adam , Salam perkenalan kepada semua sahabat :) chilll beb!

+Follow here!! | Dashboard go back to home!!


Hola


Persahabatan!
Daisypath Friendship tickers



Like here!

Persahabatan!