Kisah Angry dalam Coretanku
Dalam menceritakan pengalaman tentang kemarahan ini, ianya begitu subjektif bagi diri aku ini. Entah kenapa? Dalam diriku ini, aku jarang untuk marah. Tapi menceritakan tentang tajuk marah ini, aku teringat akan satu kisah ketika dahulu iaitu pada zaman remaja aku. Kisah tersebut berlaku ketika aku berada di Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar. Kejadian tersebut membuatkan aku tidak dapat mengawal emosi dan kemarahan diriku. Kejadian ini berlaku semasa di makmal Kimia. Semua rakanku sibuk untuk menyiapkan tugasan atau report kerana hari tersebut merupakan hari yang terakhir untuk dihantar kepada guru kimia tersebut. Dalam menyiapkan tugasan tersebut, fikiranku bercelaru kerana banyak yang perlu aku perbaiki lagi tugasan itu. Setelah siap, aku mengumpulkan semua tugasan aku dan diletakkan di dalam satu fail. Satu tugasan aku telah hilang setelah disemak. Aku mencari di merata-rata tempat. Aku mula berasa bimbang dan memikirkan apa yang akan terjadi ketika guru aku tahu.
Setelah berhempas pulas mencari tugasan itu, aku berasa sangat terkejut kerana tugasan itu berada di dalam fail rakan karibku sendiri. Sungguh aku tidak sangka. Aku tidak dapat mengawal emosi dan perasaan aku ketika itu. Aku memarahi rakanku tanpa belas kasihan. Guru aku juga terkejut akan sikapku yang sedemikian. Selepas itu, perasaan marah aku mula reda dan kembali normal. Rakan-rakanku yang lain turut mententeramkan diriku dan menenangkan perasaan aku yang telah bergolak tadi. Aku cuba tenangkan fikiran dan mendiamkan diri di samping mengawal emosi dengan baik. Selepas kejadian itu, aku berasa kasihan dan sedikit menyesal akan sikapku ini yang sanggup memarahi rakan karib sendiri walaupun tahu akan kesalahannya itu. Aku meminta maaf kepadanya. Di sini, aku cuba memberikan beberapa cadangan atau cara untuk mengawal kemarahan kita. Caranya ialah dengan minum air dan mendiamkan diri ketika marah. Selain itu, kita hendaklah sentiasa berfikiran positif kerana ianya dapat elakkan diri kita daripada melakukan sesuatu yang tidak dijangka seperti memekik, bertindak garang dan sebagainya. Kita juga perlu menenangkan diri kita dengan menarik nafas. Akhir sekali, cara yang paling mudah untuk mengawal kemarahan kita adalah dengan senyuman. Hal ini kerana senyuman dapat mengurangkan atau meredakan tekanan dalam diri kita.
Sekian, terima kasih… Posted at 06:09 | 0 comments