Model Kompetensi Emosi oleh Goleman
Model Kompetensi Emosi oleh Goleman
Goleman (1997) EIC ialah kemampuan memotivasi diri, membina ketahanan dalaman sehingga mampu mengatur jiwa dan kepuasan diri semasa menghadapi cabaran dalam hidup seharian. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ.
Kecerdasan emosi dibahagikan oleh Goleman kepada lima komponen utama, iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua komponen berbentuk kompentensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, mengenal emosi orang lian dan membina hubungan.
Komponen pertama adalah mengenali emosi diri sendiri bertujuan agar seseorang itu dapat merasai apakah keadaan emosinya pada waktu itu berupaya untuk membuat keputusan yang rasional, mempunyai penilaian yang realistik serta mempunyai keyakinan diri sendiri yang kukuh. Terdapat tiga subkompetensi bagi komponen pertama ini, iaitu kesedaran emosi, ketepatan menilai diri sendiri dan keyakinan kendiri.
Komponen yang kedua ialah kebolehan mengatur emosi serta keupayaan menangani kehidupan dan psikologi diri sendiri dengan lebih terkawal. Lima subkompetensi yang dikenalpasti ialah kawalan diri, amanah, berhemah, kebolehsuaian dan inovasi. Menurut Goleman, orang yang cerdas emosinya dapat mengendalikan emosi diri sendiri dan dengan dapat menggiatkan lagi kehidupan dalam mencapai matlamat hidup, lebih berhemah dan dapat mengawal sesuatu keinginan yang mendesak. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa peraturan emosi diri sendiri yang baik dapat membantu seseorang mengawal perasaan kebimbangan, kemarahan dan dorongan dari melakukan tingkah laku yang tersasar. Ia juga berkeupayaan mengembalikan emosi ke arah yang lebih positif setelah berhadapan dengan sesuatu ujian atau halangan.
Seterusnya, komponen ketiga ialah berkaitan dengan keupayaan untuk menggerakkan dan mendorong diri sendiri untuk bertindak atau disebut sebagai motivasi. Terdapat empat subkompetensi yang berkaitan iaitu dorongan, pencapaian, komitmen, insiatif dan optimisme. Individu yang mempunyai emosi yang cerdas berupaya untuk bertindak, mengambil insiatif dan berusaha ke arah pencapaian matlamat hidup. Kebolehan ini membantu seseorang itu untuk meningkatkan diri ke arah yang lebih maju dan berupaya bangkit dari kegagalan.
Di samping itu, komponen keempat dalam model Goleman ialah empati iaitu keupayaan untuk memahami dan merasai apa yang orang lain rasakan serta dapat mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat. Tambahan pula, kanak-kanak yang berusia dua tahun sudah mula dapat memahami perasaan teman yang sedang menangis. Keupayaan dan kemahiransedemikian boleh membantu seseorang mengenai perbuatan, tutur kata dan perasaan yang akan disusuli kemudian.
Komponen kelima ialah kemahiran sosial, iaitu melibatkan pengendalian emosi bagi mewujudkan dan membina hubungan sosial yang baik. Kebolehan ini akan dapat membantu seseorang berinteraksi dengan baik. Selain itu, kebolehan ini juga membolehkan seseorang mempengaruhi dan merundingkan masalah dalam menyelesaikan sesuatu konflik. Kemahiran sosial adalah untuk mengurus perhubungan antara perseorangan melibatkan usaha memahami emosi dan bagaimana untuk menyesuaikannya semasa membina perhubungan dengan orang lian. Subkompetensi yang mewakili kompetensi ini adalah pengaruh, komunikasi, pengurusan konflik, kepimpinan, pemangkin perubahan, menjalin ikatan, bersatu, berkerjasama, dan keupayaan berkumpulan.
Tambahan pula, Goleman juga merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi, iaitu dua kompetensi emosi atau personal dan dua kompetensi sosial. Empat dimensi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial dan kemahiran sosial. Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yang diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantu menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian

Posted at 05:51 | 0 comments